0134780987

S H I D A

Wednesday, December 3, 2014

Pentingnya B Complex dalam persediaan untuk hamil dan semasa hamil

Kenapa B Complex Shaklee istimewa?

Kerana dalam Bcomplex ni lengkap dengan Asic Folic serta 8 jenis vitamin B yang bekerjasama secara efektif untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Bcomplex Shaklee adalah vitamin LARUT AIR. Maka vitamin ini tidak dapat disimpan dalam hati dan buah pinggang... malah jika berlebihan, ia akan disingkirkan melalui pembuangan air kecil.



Ia penting untuk membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak.
Sebab itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membentuk sel DNA bayi. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa jika kekurangan Asic Folic akan menyebabkan:

1) kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang  (spinalbifida)
2) Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
3)  keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
4)  -Sumbing lelangit (cleft palate)  
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
 5)pengambilan berterusan membantu menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.





Bcomplex ini juga sesuai diambil oleh lelaki kerana ia dapat membantu  merawat masalah kesuburan pada lelaki.

Ambil BCOMPLEX boleh GEMUK ?? Ada yang kata selera makan menjadi2 selepas makan BCOMPLEX.

Sebenarnya ada cara untuk makan BCOMPLEX .

Makan selepas Makan kerana tugas utama Bcomplex ini ialah menukarkan makanan kepada tenaga.
Hakikatnya berat badan akan naik apabila banyak kabohidrat,lemak dan gula yang tersimpan dalam badan tidak dibakar dan ditukarkan kepada tenaga.
Pastikan anda MINUM AIR secukupnya bagi memudahkan proses penukaran tenaga berjalan dengan lancar.

Makan Sebelum Makan akan membuatkan anda cepat lapar dan sekaligus menyebabkan selera makan anda bertambah. Hal ini boleh dilakukan jika anda ingin menaikkan berat badan anda.

Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.




Friday, November 28, 2014

Tips untuk mudah bersalin

Setiap ibu yang mahu melahirkan anak sudah tentu berdebar debar menunggu saat untuk melahirkan. Ibarat telur dihujung tanduk.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi... namun kita disarankan untuk terus positif dan sentiasa berdoa agar proses bersalin DIPERMUDAHKAN...

1)Minggu2 terakhir ibu digalakkan untuk melakukan senaman regangan agar proses bersalin berjalan dengan mudah.


2) Minum air rendaman kembang Fatimah. Dipercayai dengan minum air ini akan mempercepatkan bukaan pintu rahim.Namun tidak digalakkan dari segi perubatan moden. 
Saya minum akar ini setiap kali hendak bersalin.



3) ambil air/minyak selusuh
 Minyak selusuh selalunya dibuat dari minyak yang ditanak dari santan kelapa. Kemudian dibacakan doa/ ayat untuk memudahkan bersalin. Minyak ni selalunya ayah saya yang buatkan.
Namun  untuk yang susah nak cari dan  buat minyak selusuh ni, boleh je terus beli yang siap dijual di pasaran.
contoh minyak selusuh yang terdapat dalam pasaran

4)Banyakkan berzikir dan berselawat...


terutama sekali dalam labour room tu... kalau boleh baca secara berterusan... Kadang2 sakit sangat sampai terlupa..nurse akan tolong ajarkan.

6) Teknik pernafasan Beritma.
  Jangan panik... tarik nafas panjang dan dalam . Boleh rujuk sini. untuk teknik yang lebih berkesan.


7) Mohon maaf pada suami dan ibu. Redha mereka memudahkan untuk bersalin Insyaallah...


Semoga tip yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu2 yang bakal menghadapi saat getir ini. 





Sunday, November 9, 2014

Bagaimana untuk tingkatkan selera anak?

Ibu ibu diluar sana mesti susah hati bila anak tersangat memilih makanan.
Akibat dari terlalu memilih, anak kita mungkin akan kehilangan nutrisi penting yang membantu tumbesaran mereka.


anak yang memilih jenis makanan...


PUNCA ANAK PILIH MAKAN

1) Sifat semulajadi kanak kanak

Kanak kanak cerewet kerana mereka cenderung untuk memilih makanan yang mereka suka makan sahaja.
Contohnya ada kanak kanak tidak suka kepada makanan yang pedas dan memilih untuk makan makanan yang manis manis sahaja.

2) Sikap Ibu Bapa

a) Ibu bapa tidak memberi VARIASI terhadap makanan yang disediakan.
   Anak anak juga bosan jika menghadap benda yang sama sahaja setiap hari.

b)Memaksa anak makan.
  Keadaan ini membuatkan anak rasa dipaksa menyebabkan selera makan mereka bertambah buruk. Ini akan memburukkan lagi keadaan serta membuatkan anak itu beremosi ketika melihat makanan.

c) Menjanjikan Ganjaran
   Selalunya ibu bapa akan berjanji untuk beli itu dan beli ini kepada anak jika berjaya menghabiskan makanan. Cara ini adalah salah! dan adalah satu kesilapan yang besar.

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN SELERA ANAK?

1) Pelbagaikan Menu,
  Jika boleh siapkan menu apa yang  akan disediakan untuk anak anak. Pastikan menu adalah  mengikut piramid makanan.

2) Hidangkan dalam SAIZ yang KECIL kerana mereka makan separuh dari saiz yang diambil oleh orang dewasa

3) Sentiasa libatkan anak dalam proses penyediaan makanan.
  Contohnya, ajak mereka untuk membeli sayur, ikan, ayam. Beritahu mereka... "mama nak masak spesial untuk kakak"

4) Belikan mereka pinggan atau cawan yang menarik.
   Ini untuk membuatkan masa makan mereka lebih ceria dan tak sabar untuk makan dalam pinggan mereka,


Ikhtiar kami untuk anak yang sangat cerewet memilih makanan ialah:

Mealshake yang diperkaya dengan mineral penting untuk membantu tumbesaran anak anak dan meningkatkan selera makan mereka.



Carta perkembangan anak ke 3 saya . Alhamdulillah, setelah mengamalkan mealshake secara teratur, kini berat badan sudah dalam line putih(line normal).
selera makan pun semakin bertambah.



Hubungi saya:

0134780987- SHIDA







Tuesday, October 28, 2014

Simptom Alzheimer

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja bermula dari umur 30an  SEHINGGA 80an.




Penyakit Alzheimer ini bermula dengan hilangnya sedikit ingatan dan rasa kebingungan yang akhirnya menyebabkan kelemahan mental. Ada yang tidak dapat mengingat, berfikir,belajar, berimaginasi dan membuat keputusan yang betul.

10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:
1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.
2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.
3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.
4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.
5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.
6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.
7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.
8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.
9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.
10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.

Maka, penyakit  ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengambil pemakanan yang betul.
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C dan Vitamin E yang berkualiti tinggi dapat menghidarkan kita dari mendapat penyankit ini atau dalam bahasa mudah... NYANYUK.




ha... Di Shaklee kami ada vitamin C dan vitamin E.
Mudah... sebiji sahaja setiap hari sudah memadai



Hubungi Saya Pengedar Shaklee terdekat anda... 0134780987







Wednesday, October 15, 2014

Nak cantik dan anjal??

Collagen
yerla kan... bila umur makin meningkat, kollagen makin berkurang dalam badan.
nak tampil muda menawan kena lah tambah balik kolagen yang hilang tu.. sbb badan kita tidak dapat menghasilkan kollagen sendiri.

Kollagen berfungsi sbg :-

1) Anti penuaan.
2) Mengembalikan keanjalan agar tubuh lebih tegang.. tak perlulah nak cucuk botox!
3)Meningkatkan Pergerakan krn  ia menyokong kekuatan sendi dan tulang.
4)  Menyuburkan rambut, elak rambut gugur. Ha.. yang ni ramai  wanita akan hadapi masalah rambut gugur selepas melahirkan anak.
5) MENEGANGKAN DAN MENGANJALKAN PAYUDARA.
6)Mengurangkan PIGMENTASI, JERAGAT dan warna kulit yang tak sekata . Kesannya KULIT nampak lebih CERAH.
7)Melembabkan kulit muka... Bangun pagi rasa lembab je kulit. Tak perlu nak sapu losyen! :-)


Jom kita tgk pulak kollagen ni terdiri daripada bahan apa???

1) SISIK IKAN MERAH
   Sisik ikan merah digunakan kerana ia adalah sumber premium kolagen yang  pantas diserap. Ia juga adalah kurang pencemaran jika dibandingkan dengan binatang lain sbb ikan merak ni  dari Laut Dalam.

2) EKSTRAK KULIT KERANG
  Untuk melicinkan pergerakan sendi krn Glukosamina dari ekstrak kulit kerang penting dalam sintesis bendalir Sinovia.

3) LACTOBASILUS ACIDOPHILUS
  Sejenis bakteria baik yang digunakan untuk membantu mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat untuk menyerap kollagen.

4) EKSTRAK PFAFFIA
  Ginseng Brazil yang digabung dengan ekstrak biji Benih Camellia Japonica - menjadikan kulit lembab dan rata.

5) VIT C dan VIT B
   Melawan radikal bebas dan menghasilkan tenaga untuk menyerap kolagen.


 
tumit kaki yang pecah pun cepat lembut dan licin.

Hubungi saya SID Shaklee anda: 0134780987.





Thursday, September 25, 2014

Do and Don't dalam pengambilan Vitamin

Assalamualaikum....

Ok, dalam tatacara pengambilan vitamin ada peraturannya. Bukan pakai main hentam makan je. Sbbnya kita nak vitamin yang kita makan tu diserap sepenuhnya oleh badan tanpa mengalami kehilangan dan keberkesanan.

Secara amnya, pengambilan vitamin digalakkan sebelum tidur. Ini adalah disebabkan sewaktu tidur badan kita tidak banyak bekerja. Oleh itu, vitamin yang kita ambil dapat diserap dengan maksimum oleh badan kita.

 ha... nampak tak?
Cara makan yang betul perlu diikuti. Kalau tak, lambat kesannya.. Lepas  tu complain yang vitamin tak bagus. Padahal kita yang salah!. hihihi

Thursday, September 11, 2014

Cantik LuaR, cantik DaLaM

Assalamualaikum  pembaca budiman..

Semua org nak cantik kan?

Ada yang sanggup keluarkan modal tinggi, beli berbagai jenis produk baru tanpa memikirkan  SELAMATKAH PRODUK itu?
 Bila dah beli produk baru, pakai baru sebulan, tgk2 keluar paper.... produk BERACUN!
Ohhh tidak! sayang kulit muka... dan ada yang kesan jangka panjang.. boleh jadi GILA disebabkan hidroquinin.

Bagi saya, kita bebas memilih apa juga produk asalkan produk itu selamat digunakan serta semulajadi.
Kecantikan bermula dari dalam. So, kita kena jaga makan. Silap makan naik jerawat, kulit berminyak, pigmentasi akibat dari alam sekitar yang tidak sihat dan mcm2 lagi.
Lepas tu cepat pulak kedutnya yang datang. Almaklumlah... bila umur meningkat, kolagen pun  makin berkurang. So, tugas kita lah untuk mengembalikan apa yg hilang dan memperbaiki apa yg PATUT.

Ha... bulan ni sgt sesuai kalau nak borong Collagen Powder. Beli 6 percuma 1


Jom sambaqq!!...

Hubungi saya : 0134780987.

 

Thursday, July 3, 2014

Set kekal bertenaga

Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah krn kita dapat menunaikan kewajipan  berpuasa di bulan Ramadhan. Bila tiba time berpuasa, mesti kita akan rasa letih.


Gabungan ESP, Performance Drink dan Meal Shake adalah yang TERRRRbaikk.

ESP
  • Protein soya 
  • Mengekalkan tenaga
  • Milk Booster
  • Kesihatan dan kecantikan kulit
  • Menguatkan ingatan
  • Mengelakkan Gastrik
Meal Shakes
  • Mengandungi 24 vitamin dan mineral
  • Sarapan segera dan mudah disediakan
  • Mengandungi Fiber yang membantu proses penghadaman dan mengelakkan masalah sembelit..
Performance Drink
  • Minuman untuk mencegah dehidrasi
  • Mengandungi 3 jenis karbohidrat yang mengekalkan tenaga dan stamina.
  • Menghilangkan dahaga dan sgt sesuai utk ibu menyusu yang kerap haus.
Jom dapatkan set terhebat ini dari saya.

0134780987.




Tuesday, July 1, 2014

Tip untuk ibu menyusu di Bulan Ramadhan


sumber:fb

Tips untuk ibu2 yang menyusu di bulan ramadhan... Semoga anda akan terus bersemangat untuk memberi yang terbaik utk bayi anda...

Sunday, May 25, 2014

Garlic Complex

Garlic dalam bahasa omputih.. tp dalam bahasa melayunya bawang putih. Banyak khasiat rupanya bawang putih ni rupanya, cuma kadang2 kita tak tahan baunya.
ha... dekat rumah kita mesti ada bawang putih kan? bawang putih ni digunakan secara tradisional utk melegakan selsema dan batuk terutamanya pada bayi.

kini, Shaklee ada GARLIC COMPLEX yang membantu memudahkan kita. Tak payah2 ketuk bawang tung tang tung tang. 

ha... dalam kapsul ni selain garlic, diperkaya dengan spearmint & rosemary. bahan2 herba yang selalu org guna dalam masakan. 

Ia mampu melawan bakteria dan jangkitan pada:
*kerongkong & telinga
* sakit perut
*cirit birit
*Bronkitis
*luka
*gusi,mulut dan jangkitan berulang

Bagus untuk buang angin dalam badan...sesuai untuk wanita dalam pantang. Ia juga bantu banyakkan susu...



Monday, April 21, 2014

SET BERPANTANG dan MENYUSU

Alhamdulillah, rata2 yang mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE mengakui keberkesanan produk ini yang sangat membantu sewaktu  proses  berpantang. Sangat membantu dari proses penyembuhan luka dan memulihkan tenaga akibat proses  bersalin yang agak teruk.
Set ini adalah selamat digunakan.
1) Set bersalin yang boleh digunakan untuk bersalin NORMAL dan PEMBEDAHAN.
2)Bukan JAMU. Boleh mkn serta merta selepas bersalin. Tak perlu tunggu 2 minggu.
3)100 % menggunakan bahan semulajadi.



Untuk set berpantang asas:

1) Zink-mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam, mengelakkan keguguran rambut, kandungan         protein yang tinggi sama seperti ikan haruan.
2) B-complex- anti stress dan  elak angin MEROYAN, bentuk sel/tisu baru,tukar kalori kpd tenaga utk     elak     ibu jadi gemuk, memberi stamina untuk ibu bagun menyusu bayi krn bayi yang baru lahir tidur dan bangun     tidak menentu terutama sekali bayi akan bangun pada waktu semua org sedang nyenyak tidur.
3)Vitalea-membentuk sel darah merah yang banyak hilang waktu bersalin, membantu ibu mendapat zat            100% yang tidak dapat diperolehi dari makanan yang biasa sewaktu proses berpantang... so mkn ikan           kering ja pun x jadi masalah sbb dapat khasiat sayur2 dari vitamin.
4)Vitamin C-penting untuk pembinaan semula tisu yang koyak sewaktu bersalin, sebagai imuniti kepada ibu     untuk elak jangkitan akibat luka bersalin, memelihara kelenjar dari tekanan terutama kelenjar susu.

untuk penggalak susu, anda boleh add on ALFALFA dan ESP bg menghasilkan impak yang lebih superbbbb. Nanti syaa akan terangkan dalam bab penyusuan... :-)

untuk maklumat lanjut, Pm/sms/whatssapp ke 0134780987- Sharifah

Friday, March 14, 2014

set Ibu HAMIL

Alangkah gembira bila dapat tahu diri HAMIL. So, kena jaga makan. Kalau boleh nak berikan yang terbaik untuk zuriat yang sedang dikandung.

Untuk itu, ibu mengandung memerlukan lebih vitamin untuk membantu perkembangan bayi. 
Set Ibu HAMIL SHAKLEE menyediakan keperluan vitamin bermula dari awal kehamilan sehingga berpantang dan menyusu....
Anda boleh memilih mengikut bajet anda. Bermula dari set Basic sehingga set Premium.


Sihat untuk ibu, sihat untuk anak yang bakal dilahirkan, INSYAALLAH...

PM/ Whatsupp : 0134780987
atau hubungi fb : Sharifah Roshida

untuk konsultasi secara percuma...


Friday, March 7, 2014

Penyakit GOUT dan Shaklee

Pernah dgr penyakit  gout?
Penyakit yang banyak menyerang kaum lelaki,. Kekadang juga dikatakan penyakit keturunan.
Penyakit Gout terjadi bila kandungan Asid Burik berlebihan dalam badan kita. Bila lebih dan tak dapat dikumuhkan dengan sempurna... itulah sebab jadi bengkak dan radang pada sendi2. Nak jalan pun sangat2 sakit. Hanya penderita GOUT saja yang tahu betapa sakitnya Gout.
Salah makan makanan laut.. terus bengkak, nak kena jaga makan dan sebagainya..
So, di Shaklee mencadangkan anda SET GOUT.

1) ALFALFA
 untuk DETOX iaitu singkirkan toksin secara lembut dari badan. Membantu mengatasi bengkak. (kalau ambil ALFALFA kena minum air banyak ye sbb nak singkirkan toksin)

2)OMEGA GUARD
Membantu mengurangkan radang pada sendi.

so, kalau tak mampu nak minum air, boleh ambil Performance drink untuk menggantikan bendalir dalam badan. Performance drink ni mcm kita minum minuman isotonik lain. Bezanya dia tak de gas dan gula yang tinggi....
Anak2.. klu mak ayah kita ada GOUT, boleh cuba bagi SET ni. Jgn tgk tanpa buat apa2. 

Monday, March 3, 2014

Masker Vitamin E dan ESP

Selain makan 2 jenis ni, untuk dalaman, kita juga boleh guna untuk luaran kulit juga.
Sangat bagus untuk mengecilkan pori2 kulit dan kulit kelihatan segar dan  glowing2 gitu.

So, hujung minggu kalau anda rajin, boh cuba resepi ini.


1) satu sudu kecil esp dicampurkan dengan sedikit air.
2) picitkan softgel yang mengandungi vitamin e dan larutkan bersama ESP tadi.
3) Kacau  hingga sebati... dan bolehlah disapu pada wajah dan biarkan ia kering dalam 15 hingga 20 minit.
4) Bilas muka sampai bersih.

Anda akan dapat rasakan  wajah anda lembut gitu... gebu ja rasa. kalau selalu buat, akan dapat result yg lebih elok.

Tak perlu keluarkan belanja beli product mahal2.. Buat sendiri dijamin bebas bahan kimia...

Selamat MENCUBA!!!!

Thursday, February 13, 2014

Sustained Release Vitamin C

Semoga anda2 diluar sana ceria...
SR Vitamin C menjadi kegilaan wanita2 di Malaysia gitu!!!

 kenapa femous sgt ni???

Ya.... Vitamin C sangat2 membantu dan diperlukan:

  1.  mencantikkan kulit wajah iaitu dengan membantu merangsang pembentukan kolagen.
  2. mencegah gusi berdarah, kulit kering, kulit kasar dan ruam
  3. Membantu memulihkan luka dengan cepat
  4. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  5. Mengurangkan selsema
  6. Memperbaiki isomnia dan juga stress
  7. Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah
  8. Membantu melawan Sel2 kanser
Ha... khasiatnya bersamaan 7 1/2 biji oren. mampu nak mkn oren byk tu? hihihih
So... vitamin ni  sgt2 penting dalam membantu penyerapan vitamin2 lain. Ia juga adalah vitamin asas yang kita perlu ambil setiap hari.




Sunday, February 2, 2014

Bcomplex

Assalamuaalaikum pembuka  bicara.
Hari ni nak bercakap mengenai Vitamin Bcomplex. Setiap dari kita sangat2 memerlukan vitamin B complex.
Kadang2 dengar je B complex kita ingat ibu mengandung je boleh ambil. Sebenarnya semua org boleh ambil  B complex. Ia adalah vitamin asas yang diperlukan oleh setiap individu.
Ya... Bcomplex Shaklee lengkap dengan Asid Folic. Mengandungi 8 jenis vitamin B yang membantu ke arah kesihatan yang baik. Ia adalah gabungan vitamin yang larut air.
  •   B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  •  Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
TANDA KEKURANGAN BCOMPLEX


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

  • Kadang2 , jika kali pertama kita ambil ia akan memberi kesan seperti badan berasa panas, haus, lesu, mengantuk,lapar dan sebagainya. Ini bermakna badan kita sedang berinteraksi dengan Bcomplex.


    Ada juga yang bertanya...
    “Urin saya warna kuning macam B-Complex”

    Jangan risau bila berlaku perkara diatas. Ia adalah tindak balas normal kerana bahan yang tidak diserap akan disingkirkan melalui  Urine. Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi.



    Tuesday, January 14, 2014

    Nutriferon

    Bercerita mengenai nutriferon...


    Sejak saya pulang dari bercuti makan angin, mandi pantai, mandi kolam. saya diserang selsema dan batuk. Sudah  pergi jumpa doktor, ambil ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. Bila habis ubat, selsema, demam dan batuk menyerang lagi.. Apa yang tak kena saya sendiri pun tak tahu...
    Sewaktu pergi ambil stok kat kedai, Saya ditegur oleh taukey kedai... dia syorkan saya ambil nutriferon.
    Saya fikir nak ambil ke tak.. nak ambil ke tak.. ermmm tunggu dululah..

    Balik office, saya minta beli dekat kwn saya 3 sachet dulu... lepas mkn saya rasa ok sikit...
    lepas 4 hari saya terus dapatkan satu kotak nutriferon yang mengandungi 30 sachet. Sebenarnya jimat tuan2 dan puan2 sekalian...
    satu sachet ni harga lebih kurang rm5 -rm6 mcm tu..

    Untuk org yang dah sihat... tetapi nak meningkatkan sistem imune dalam badan.. hanya perlukan 1 sachet sahaja dalam seminggu.

    manakala bg  individu yang sedang sakit...selsema..batuk, disarankan ambil 1-2 sachet dalam sehari sehingga masalah kesihatan dapat diaatasi.

    Bagi kanak2 yang berumur 1 dan dan keats, ibu2 bolehla tuangkan sikit dalam mulut anak2,,

    Siapa lagi yang perlukan nutriferon???
    Jawapannya.. Ibu menyusu yang anak nya kerap selsema dan demam... ha... kita mkn, anak  dapat serap khasiat... :-) Mudahkan?

    Ia adalah selamat dan lebih baik dari ambil sebarang UBAT atau ANTIBIOTIK. Ia bertindak sebagai tentera untuk menjaga anak2 kita dari diserang penyakit.