0134780987

S H I D A

Friday, November 28, 2014

Tips untuk mudah bersalin

Setiap ibu yang mahu melahirkan anak sudah tentu berdebar debar menunggu saat untuk melahirkan. Ibarat telur dihujung tanduk.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi... namun kita disarankan untuk terus positif dan sentiasa berdoa agar proses bersalin DIPERMUDAHKAN...

1)Minggu2 terakhir ibu digalakkan untuk melakukan senaman regangan agar proses bersalin berjalan dengan mudah.


2) Minum air rendaman kembang Fatimah. Dipercayai dengan minum air ini akan mempercepatkan bukaan pintu rahim.Namun tidak digalakkan dari segi perubatan moden. 
Saya minum akar ini setiap kali hendak bersalin.



3) ambil air/minyak selusuh
 Minyak selusuh selalunya dibuat dari minyak yang ditanak dari santan kelapa. Kemudian dibacakan doa/ ayat untuk memudahkan bersalin. Minyak ni selalunya ayah saya yang buatkan.
Namun  untuk yang susah nak cari dan  buat minyak selusuh ni, boleh je terus beli yang siap dijual di pasaran.
contoh minyak selusuh yang terdapat dalam pasaran

4)Banyakkan berzikir dan berselawat...


terutama sekali dalam labour room tu... kalau boleh baca secara berterusan... Kadang2 sakit sangat sampai terlupa..nurse akan tolong ajarkan.

6) Teknik pernafasan Beritma.
  Jangan panik... tarik nafas panjang dan dalam . Boleh rujuk sini. untuk teknik yang lebih berkesan.


7) Mohon maaf pada suami dan ibu. Redha mereka memudahkan untuk bersalin Insyaallah...


Semoga tip yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu2 yang bakal menghadapi saat getir ini. 





No comments:

Post a Comment