Penyakit Alzheimer ini bermula dengan hilangnya sedikit ingatan dan rasa kebingungan yang akhirnya menyebabkan kelemahan mental. Ada yang tidak dapat mengingat, berfikir,belajar, berimaginasi dan membuat keputusan yang betul.
10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:
1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.
2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.
3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.
4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.
5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.
6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.
7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.
8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.
9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.
10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.
Maka, penyakit ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengambil pemakanan yang betul.
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C dan Vitamin E yang berkualiti tinggi dapat menghidarkan kita dari mendapat penyankit ini atau dalam bahasa mudah... NYANYUK.
ha... Di Shaklee kami ada vitamin C dan vitamin E.
Mudah... sebiji sahaja setiap hari sudah memadai
Hubungi Saya Pengedar Shaklee terdekat anda... 0134780987
No comments:
Post a Comment