0134780987

S H I D A

Sunday, April 19, 2015

doa diperbanyakkan susu

Doa amat penting dalam kehidupan kita seharian. The powers of doa'...
Kuasa doa tidak dapat dipertikaikan lagi

Pendek saja doa ini...
Mula2 mmg rasa susah nak hafal.
Anda boleh buat macam ni. Print dan gunting..lekat ditepi meja. Setiap kali hendak menyusukan dan mengepam susu.. anda boleh baca. Lama2 automatik kita boleh hafal bila sudah menjadi kebiasaan. 

Kita dah usaha makan vitamin shaklee. Ada yang cepat kesannya..ada juga yang lambat Bukan semudah petik jari. Yang penting kita usaha dan sentiasa berfikiran POSITIF. Jgn lupa minta pada 'Dia" yang MENCIPTAKAN..YANG MAHA MEMBERI dan juga YANG MAHA MENGASIHANI.

Selain itu Kita  juga boleh mengamalkan surah Al Hujurat Dan Al Kautsar. Sebaiknya  mula dibaca ketika kita mula mengandung. Doa moga kita mampu dan dikurniakan susu yang melimpah ruah untuk bayi yang dikandung sebaik sahaja ia dilahirkan.

Semoga ibu2 semua mampu menyusukan sehingga 2 tahun....
Para suami juga... jgn lupa berikan sokongan padu untuk isteri anda dalam merialisasikan penyusuan susu Ibu.


 

 

Tuesday, March 24, 2015

Herbal Blend

Pernah dengar losyen pelbagai guna?
Jom nak cerita serba sedikit tentang krim ini.

Krim ni sangat bagus untuk:
1) Ekzema
2) Ruam lampin
3) ruam panas
4)Tumit kaki yang merekah
5) Gatal akibat gigitan serangga
6)Gatal2
7) Kulit kering
8) parut campak
9) Losyen kegunaan harian

Losyen ini diperbuat daripada herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chesnut, yerrow dan Rosemarry.

Memberikan rasa yang dingin dan tidak berminyak...

Telah diuji secara klinikal.



Jadi... setiap rumah mesti ada "krim pelbagai guna' ini.
Tak rugi beli...

Rata rata pelanggan sangat berpuas hati.   Anda bila lagi???

Untuk maklumat lanjut PM saya...

0134780987 - Sharifah Roshida

 





Tuesday, February 24, 2015

Duktus Susu tersumbat

Ada ibu ibu yang mengalami masalah saluran susu tersumbat. Saya sendiri pernah alami sewaktu berpantang anak ke 3
Rasa PD penuh tapi bila pam susu keluar sangat sedikit. Akibatnya... Demam!! sbb bengkak.


PUNCA TERSUMBAT

Disebabkan oleh buah dada yang tidak dihisap secara efektif oleh bayi semasa menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur disebabkan penghasilan lebih cepat dari saliran.
Susu ini pula akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu merah,panas dan sakit.

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA DUKTUS SUSU TERSUMBAT

1) Terus menyusukan bayi walaupun ianya amat menyakitkan.
2) Menyusu sekerap mungkin untuk elakkan masa yang panjang diantara penyusuan krn kilang susu masih tetap menghasilkan susu.
3) Pelbagaikan posisi penyusuan untuk membantu bayi melekap /latch dengan baik.
4) Ambil panadol untuk mengurangkan rasa sakit. Doktor bekalkan saya dengan panadol je...
5) selepas menyusu, gunakan pam untuk keluarkan susu yang masih berbaki. Ini penting untuk mengosongkan PD.
6) mengurut PD (payudara) sebelum dan selepas menyusu. Org tua2 petua gunakan sikat rambut.
7) letakkan kain yang diperah didalam air suam (konsep tuaman) bagi melancarkan aliran susu.
8) LECITHIN membantu menguraikan lemak.


Baru2 ni pun ada seorang rakan saya mengalami benda yang sama. setelah mencuba Lecithin, Alhamdulillah....susu dah makin lancar.


Untuk maklumat lanjut boleh whatsaapp saya: 0134780987.







Monday, February 16, 2015

Gout dan Sendi

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Hanya yang menderita sakit GOUT saja yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.

Banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout:  25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.
Juga boleh  amalkan Alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
2.  Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.
3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran,  dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).
5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.
6.  Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.

cara kurangkan Gout
1) Kekalkan hidrasi 

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 

2) Elak minuman keras 

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter 

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat 

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia 

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

Di Shaklee kami sediakan supplement semulajadi untuk kurangkan sakit Gout.



1. Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara :
a. menyokong keselesaan sendi
b. memelihara tisu penyambung yang sihat
c. meningkatkan kesan kusyen

2. Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

3. Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Wednesday, December 3, 2014

Pentingnya B Complex dalam persediaan untuk hamil dan semasa hamil

Kenapa B Complex Shaklee istimewa?

Kerana dalam Bcomplex ni lengkap dengan Asic Folic serta 8 jenis vitamin B yang bekerjasama secara efektif untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Bcomplex Shaklee adalah vitamin LARUT AIR. Maka vitamin ini tidak dapat disimpan dalam hati dan buah pinggang... malah jika berlebihan, ia akan disingkirkan melalui pembuangan air kecil.



Ia penting untuk membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak.
Sebab itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membentuk sel DNA bayi. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa jika kekurangan Asic Folic akan menyebabkan:

1) kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang  (spinalbifida)
2) Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
3)  keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
4)  -Sumbing lelangit (cleft palate)  
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
 5)pengambilan berterusan membantu menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.





Bcomplex ini juga sesuai diambil oleh lelaki kerana ia dapat membantu  merawat masalah kesuburan pada lelaki.

Ambil BCOMPLEX boleh GEMUK ?? Ada yang kata selera makan menjadi2 selepas makan BCOMPLEX.

Sebenarnya ada cara untuk makan BCOMPLEX .

Makan selepas Makan kerana tugas utama Bcomplex ini ialah menukarkan makanan kepada tenaga.
Hakikatnya berat badan akan naik apabila banyak kabohidrat,lemak dan gula yang tersimpan dalam badan tidak dibakar dan ditukarkan kepada tenaga.
Pastikan anda MINUM AIR secukupnya bagi memudahkan proses penukaran tenaga berjalan dengan lancar.

Makan Sebelum Makan akan membuatkan anda cepat lapar dan sekaligus menyebabkan selera makan anda bertambah. Hal ini boleh dilakukan jika anda ingin menaikkan berat badan anda.

Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.




Friday, November 28, 2014

Tips untuk mudah bersalin

Setiap ibu yang mahu melahirkan anak sudah tentu berdebar debar menunggu saat untuk melahirkan. Ibarat telur dihujung tanduk.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi... namun kita disarankan untuk terus positif dan sentiasa berdoa agar proses bersalin DIPERMUDAHKAN...

1)Minggu2 terakhir ibu digalakkan untuk melakukan senaman regangan agar proses bersalin berjalan dengan mudah.


2) Minum air rendaman kembang Fatimah. Dipercayai dengan minum air ini akan mempercepatkan bukaan pintu rahim.Namun tidak digalakkan dari segi perubatan moden. 
Saya minum akar ini setiap kali hendak bersalin.



3) ambil air/minyak selusuh
 Minyak selusuh selalunya dibuat dari minyak yang ditanak dari santan kelapa. Kemudian dibacakan doa/ ayat untuk memudahkan bersalin. Minyak ni selalunya ayah saya yang buatkan.
Namun  untuk yang susah nak cari dan  buat minyak selusuh ni, boleh je terus beli yang siap dijual di pasaran.
contoh minyak selusuh yang terdapat dalam pasaran

4)Banyakkan berzikir dan berselawat...


terutama sekali dalam labour room tu... kalau boleh baca secara berterusan... Kadang2 sakit sangat sampai terlupa..nurse akan tolong ajarkan.

6) Teknik pernafasan Beritma.
  Jangan panik... tarik nafas panjang dan dalam . Boleh rujuk sini. untuk teknik yang lebih berkesan.


7) Mohon maaf pada suami dan ibu. Redha mereka memudahkan untuk bersalin Insyaallah...


Semoga tip yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu2 yang bakal menghadapi saat getir ini. 





Sunday, November 9, 2014

Bagaimana untuk tingkatkan selera anak?

Ibu ibu diluar sana mesti susah hati bila anak tersangat memilih makanan.
Akibat dari terlalu memilih, anak kita mungkin akan kehilangan nutrisi penting yang membantu tumbesaran mereka.


anak yang memilih jenis makanan...


PUNCA ANAK PILIH MAKAN

1) Sifat semulajadi kanak kanak

Kanak kanak cerewet kerana mereka cenderung untuk memilih makanan yang mereka suka makan sahaja.
Contohnya ada kanak kanak tidak suka kepada makanan yang pedas dan memilih untuk makan makanan yang manis manis sahaja.

2) Sikap Ibu Bapa

a) Ibu bapa tidak memberi VARIASI terhadap makanan yang disediakan.
   Anak anak juga bosan jika menghadap benda yang sama sahaja setiap hari.

b)Memaksa anak makan.
  Keadaan ini membuatkan anak rasa dipaksa menyebabkan selera makan mereka bertambah buruk. Ini akan memburukkan lagi keadaan serta membuatkan anak itu beremosi ketika melihat makanan.

c) Menjanjikan Ganjaran
   Selalunya ibu bapa akan berjanji untuk beli itu dan beli ini kepada anak jika berjaya menghabiskan makanan. Cara ini adalah salah! dan adalah satu kesilapan yang besar.

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN SELERA ANAK?

1) Pelbagaikan Menu,
  Jika boleh siapkan menu apa yang  akan disediakan untuk anak anak. Pastikan menu adalah  mengikut piramid makanan.

2) Hidangkan dalam SAIZ yang KECIL kerana mereka makan separuh dari saiz yang diambil oleh orang dewasa

3) Sentiasa libatkan anak dalam proses penyediaan makanan.
  Contohnya, ajak mereka untuk membeli sayur, ikan, ayam. Beritahu mereka... "mama nak masak spesial untuk kakak"

4) Belikan mereka pinggan atau cawan yang menarik.
   Ini untuk membuatkan masa makan mereka lebih ceria dan tak sabar untuk makan dalam pinggan mereka,


Ikhtiar kami untuk anak yang sangat cerewet memilih makanan ialah:

Mealshake yang diperkaya dengan mineral penting untuk membantu tumbesaran anak anak dan meningkatkan selera makan mereka.



Carta perkembangan anak ke 3 saya . Alhamdulillah, setelah mengamalkan mealshake secara teratur, kini berat badan sudah dalam line putih(line normal).
selera makan pun semakin bertambah.



Hubungi saya:

0134780987- SHIDA