0134780987

S H I D A

Tuesday, February 24, 2015

Duktus Susu tersumbat

Ada ibu ibu yang mengalami masalah saluran susu tersumbat. Saya sendiri pernah alami sewaktu berpantang anak ke 3
Rasa PD penuh tapi bila pam susu keluar sangat sedikit. Akibatnya... Demam!! sbb bengkak.


PUNCA TERSUMBAT

Disebabkan oleh buah dada yang tidak dihisap secara efektif oleh bayi semasa menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur disebabkan penghasilan lebih cepat dari saliran.
Susu ini pula akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu merah,panas dan sakit.

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA DUKTUS SUSU TERSUMBAT

1) Terus menyusukan bayi walaupun ianya amat menyakitkan.
2) Menyusu sekerap mungkin untuk elakkan masa yang panjang diantara penyusuan krn kilang susu masih tetap menghasilkan susu.
3) Pelbagaikan posisi penyusuan untuk membantu bayi melekap /latch dengan baik.
4) Ambil panadol untuk mengurangkan rasa sakit. Doktor bekalkan saya dengan panadol je...
5) selepas menyusu, gunakan pam untuk keluarkan susu yang masih berbaki. Ini penting untuk mengosongkan PD.
6) mengurut PD (payudara) sebelum dan selepas menyusu. Org tua2 petua gunakan sikat rambut.
7) letakkan kain yang diperah didalam air suam (konsep tuaman) bagi melancarkan aliran susu.
8) LECITHIN membantu menguraikan lemak.


Baru2 ni pun ada seorang rakan saya mengalami benda yang sama. setelah mencuba Lecithin, Alhamdulillah....susu dah makin lancar.


Untuk maklumat lanjut boleh whatsaapp saya: 0134780987.







No comments:

Post a Comment